
OSHA (Occupational Safety and Health Act) Akta Keselamatan Dan Kesihatan Dan Pekerjaan
PENGENALAN
Keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah sesuatu keadaan di mana seseorang pekerja memerlukan persekitaran ruangan kerja yang selamat dan sihat untuk dirinya dan orang-orang lain yang mungkin akan terjejas aktiviti-aktivitinya.
FALSAFAH DAN PRINSIP AKTA
Di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan tanggungjawab memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja termasuk mengenalkan konsep keselamatan dan kesihatan di tempat kerja di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA). Ia menjelaskan objektif OSHA untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan pekerja. Dokumen ini juga menyenaraikan tanggungjawab majikan dan pekerja di bawah undang-undang tersebut.
Antara tujuan penubuhan akta tersebut adalah :
ASPEK KESELAMATAN
Definisi Keselamatan
Sesuatu keadaan yang selamat dari mengalami atau menyebabkan kesakitan kecederaan atau kerugian (kehilangan).
Definisi Kemalangan
Kemalangan adalah insiden tidak terancang yang mengakibatkan kecederaan kepada individu, kemusnahan kepada loji dan alatan atau kedua-duanya sekali.
Definisi Hazard
Apa-apa yang berpotensi memudaratkan pekerja samada dari segi keselamatan atau kesihatan.
Definisi Risiko
Kebarangkalian bagi sesuatu hazard untuk menyebabkan kemudaratan.
Keselamatan di dalam Bengkel atau di Tempat Kerja
Terdapat beberapa amalan atau keselamatan yang perlu diterap di dalam kawasan atau tempat menjalankan kerja:








