Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Perpaduan dan Salam Malaysia Madani.
STRIDE merupakan agensi di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia berperanan untuk memartabatkan R&D pertahanan negara dan memberikan sokongan teknikal kepada pihak ATM.
Justeru, amanah kita sebagai penjawat awam adalah untuk memberikan khidmat bakti kepada masyarakat dan negara dengan penuh ketulusan, dedikasi dan integriti.
Untuk itu, STRIDE perlu sentiasa bersedia untuk berubah dari aspek kaedah pelaksanaan projek dengan mengambil kira sinergi dengan pihak industri tempatan dan universiti sebagai rakan penyelidikan secara outsource bagi sesetengah projek. Bagi merealisasikan hasrat ini, STRIDE perlu meneroka ekosistem penyelidikan yang didokong dasar kerajaan dari aspek penetapan teknologi (focus area), penglibatan kerjasama erat antara stakeholders (ATM), insititusi-institusi penyelidikan dan pemain-pemain industri pertahanan tempatan.
STRIDE juga perlu menyediakan halatuju (roadmap) dan pelan tindakan serta garis masa pelaksanaan untuk tempoh jangka masa pendek, sederhana dan jangka masa panjang. Selaras dengan itu, STRIDE sedang dalam usaha untuk memuktamadkan Kertas Hala Tuju R&D Pertahanan (2025-2050) yang selari dengan keperluan sebenar dan menepati hala tuju strategik ATM dan lain-lain sektor pertahanan dan keselamatan negara. Seterusnya membantu negara khususnya industri pertahanan ke arah self-reliance dengan pengkomersialan produk yang terancang dan mengurangkan kebergantungan kepada teknologi, perkhidmatan dan kepakaran luar negara.
Di akhirnya nanti, semua stakeholders akan melihat STRIDE sebagai sebuah agensi yang dipandang tinggi dan menjadi kebanggaan semua, serta menjadi agensi yang tidak boleh diketepikan dalam apa jua perkara yang melibatkan kepakaran contohnya pembangunan spesifikasi, FAT/PDI, khidmat nasihat teknikal, program ICP dan sebagainya.
Dan setiap langkah kecil yang diambil oleh setiap seorang daripada warga STRIDE akan membawa perubahan dan impak yang besar kepada organisasi khususnya dan negara amnya.
Inilah yang telah dilakukan oleh CEO Microsoft, Satya Nadella yang telah berjaya mengubah budaya syarikat dengan ketara sejak menerajuinya sedekad lalu. Beliau menekankan betapa pentingnya growth mindset, iaitu satu konsep yang diperkenalkan oleh ahli psikologi Carol Dweck. Nadella menekankan perbezaan antara growth mindset dan fixed mindset, di mana individu sering melihat kemahiran mereka sebagai statik.
Di bawah kepimpinannya, Microsoft telah beralih daripada budaya "tahu-semuanya" (know-it-all) kepada budaya "belajar-semuanya" (learn-it-all). Anjakan ini telah menggalakkan pembelajaran berterusan dan maklum balas di kalangan pekerja, menjadikan peningkatan kemahiran sebagai keutamaan. Adalah diharapkan agar warga STRIDE dapat mempraktikkan budaya ini, bukan hanya sebagai seorang penjawat awam, malah dalam kehidupan seharian sebagai seorang manusia biasa juga.