Portal Rasmi
Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan
KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
  • English
  • Bahasa Melayu
  • English
  • Bahasa Melayu
Portal Rasmi
Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan
KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA

Penyelidikan & Pembangunan (R&D) Di STRIDE

Kebuk EMC

Projek ini di dalam proses perolehan untuk membangunkan Fasiliti Kebuk EMC (Electromagnetic Compatibility) yang bersaiz 30m(p) x 20m(l) x 10m(t) yang bakal menjadi Kebuk EMC yang terbesar di Asia Tenggara.

Antara pengujian yang dilaksanakan adalah Pengujian Kenderaan Tentera, Pengujian Kenderaan Komersial, Pengujian Komersial Produk dan Pengujian Radio Taktikal (HF, VHF dan UHF).

Jenis kenderaan yang boleh diuji adalah kenderaan berperisai tentera AV8, kereta kebal, kenderaan komersial seperti bas dan lain-lain lagi. Pengujian ini adalah mengikut standard MIL- STD 461E/F, ISO 11451 dan ISO 11452.

Pusat Pengujian Tropika (TTC)

Matlamat

  • Membangunkan Pusat Pengujian Tropika (TTC) yang pertama di Asia Tenggara sebagai Centre of Excellence (CoE)

Objektif

  • Mewujudkan Fasiliti Pengujian Tropika.
  • Melaksanakan khidmat pengujian tropika ke atas peralatan dan aset pertahanan serta komersial.
  • Menjadi pusat rujukan profil material bagi sektor pertahanan, keselamatan dan komersial.
  • Menyediakan perkhidmatan pangkalan data bagi kaedah penyimpanan aset dan peralatan untuk sektor pertahanan, keselamatan serta industri komersial.

Pelaksanaan Mengikut Kluster

PAPARAN TERBAIK DENGAN MENGGUNAKAN BROWSER CHROME ATAUPUN MOZILA FIREFOX VERSI TERKINI.
KEMASKINI TERAKHIR: 23 FEBRUARI 2024.
HAKCIPTA TERPELIHARA © 2024 Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE). KEMENTERIAN PERTAHANAN
Bilangan Pelawat

Bilangan Pelawat

011824
Total views : 32620